Monday, February 9, 2009

PERMOHONAN SEKOLAH


Permohonan Sekolah

1. Jenis Ketiadaan Guru

Semua ketiadaan guru di sekolah yang melibatkan aktiviti Pengajaran dan Pembelaajran kecuali bagi kekurangan guru, guru berpindah, bersara, dan meninggal dunia boleh digantikan. Antara ketiadaan guru di sekolah adalah seperti berikut :
1.1. Guru cuti menunaikan Haji / umrah
1.2. Guru cuti sakit
1.3. Guru cuti bersalin
1.4. Guru cuti rehat khas
1.5. Guru cuti tanpa gaji
1.6. Guru bertugas dalam kokurikulum / koakademik
1.7. Guru menghadiri kursus dalam perkhidmatan
1.8. Guru menghadiri mesyuarat


2. Prosedur Permohonan Sekolah

Apabila ketiadaan guru seperti perenggan 1, Pentadbir sekolah perlu mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang permohonan rasmi untuk mendapatkan guru ganti KGSK. Sebelum permohonan dikemukakan, pentadbir sekolah boleh menghubungi Pegawai Khas KGSK sebagai makluman awal. Butiran Borang Permohonan perlu dilengkapkan dan disertakan dengan dokumen yang membuktikan ketiadaan guru tersebut dan juga surat iringan apabila menghantar permohonan.

Permohonan perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai untuk perhatian Pegawai Khas KGSK dengan kadar segera.