Wednesday, January 28, 2009

GAJI DAN ELAUN

GAJI DAN ELAUN

Pelaksanaan KGSK tidak perlu melibatkan kewangan khas. Peruntukan sedia ada digunakan untuk melaksanakannya. Pembayaran elaun untuk ahli KGSK hendaklah dibayar di bawah peruntukan Objek Sebagai 29000 (Guru Ganti). Kadar Gaji Harian bagi anggota sambilan hendaklah ditetapkan mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan seseorang anggota itu dilantik termasuk mengambil kira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai unsur multiple entry iaitu mengikut formula berikut: Gaji Permulaan Sebulan Mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Dilantik = Kadar Gaji Asas 23 Hari Bekerja
Anggota Sambilan adalah juga layak dibayar ITKA mengikut formula berikut:Kadar ITKA Mengikut Kategori Perkhidmatan Pegawai Dilantik =Kadar ITKA Asas 23 Hari Bekerja


Kemudahan Lain

Selain dari kemudahan gaji dan elaun yang diterima oleh guru KGSK mereka juga layak menerima kemudahan lain seperti berikut:
  • Caruman KWSP (kecuali Pesara)
  • Cuti Rehat Bergaji Penuh tidak melebihi 7 hari setahun (1 hari bagi 23 hari bekerja)
  • Bonus jika bekerja 21 hari dalam satu bulan kalender.
Pekeliling dan dokumen berkaitan gaji KGSK

Disebabkan tiada pekeliling khusus dalam penetapan gaji guru KGSK maka Pekeliling dan dokumen berikut digunakan dalam menentukan kadar gaji KGSK;
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17, tahun 2005 iaitu Pindaan Formula Gaji Harian, ITKA dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan.
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19, tahun 2005 iaitu Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam Gred 41 dan 42 (Dirujuk bersama surat JPNJ/PKHD/0753(10) bertarikh 27 Disember 2005).
  • Jadual gaji baru DG41, DC41, DGA29, DB27 dan DB17,
  • Panduan Pelaksanaan KGSK Kementerian Pelajaran Malaysia.
Asas Pembayaran Gaji Gred Gaji Gaji ITKA
JumlahDG 41 (P1T4) 1710.60 300.00 2010.60DC 41 (P1T5)
(Kepujian) 1653.73 300.00 1953.73DC 41 (P1T3)
(Am) 1496.43 300.00 1796.43DGA 29 (P1T1) 1124.57 160.00 1284.57
DB 27 KUP (P1T1) 963.64 160.00 1123.64
DB 17 KUP (P1T1) 656.30 115.00 771.30


Jadual Gaji KGSK Kategori Ahli Gred Gaji Gaji ITKA
SW DG41 (P1T4) 74.37 13.04 87.41
SW1Kep DC41 (P1T5) 71.90 13.04 84.94
SW1Am DC41 (P1T3) 65.06 13.04 78.10
SW2Kep DC41 (P1T5) 71.90 13.04 84.94
SW2Am DC41 (P1T3) 65.06 13.04 78.10
BS DGA29 (P1T1) 48.89 6.95 55.85
BS1 DB27KUP (P1T1) 41.89 6.95 48.85
STPM DB27KUP (P1T1) 41.89 6.95 48.85
SPM DB17KUP (P1T1) 28.53 5.00 33.53
* Penetapan Sifir Gaji mulai 1 Januari 2007 berdasarkan keputusan mesyuarat KGSK JPNJ 9 Oktober 2006.

No comments:

Post a Comment