Wednesday, January 28, 2009

MAKLUMAT KGSK


OBJEKTIF KGSK



Objektif pelaksanaan KGSK adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di Sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.

Contoh ketiadaan guru:

  1. Guru Cuti Menunaikan Haji
  2. Guru Cuti Sakit
  3. Guru Cuti Bersalin
  4. Guru Cuti Rehat Khas
  5. Guru Cuti Tanpa Gaji
  6. Guru Bertugas Dalam Kokurikulum / koakademik
  7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan


KEAHLIAN


Ahli dari kalangan KGSK terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman mengajar mengikut kategori berikut:i.

Guru Bersara Wajib / Pilihan

1. Pesara Guru Siswazah (SW)

2. Pesara Guru Bukan Siswazah (BS)(* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan)
ii. Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan (Tiada lantikan SPP : Tidak ditempatkan)

1.Siswazah dengan pendidikan; (SW1Kep) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian , (SW1Am) Ganeral Degree

2. Diploma pendidikan (BS1)(* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan)
iii. Bekas GSTT Sekurang-kurangnya 1 tahun

1.Bekas GSTT Siswazah(SW2Kep) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian , (SW2Am) Ganeral Degree

2. Bekas GSTT STPM/Diploma (STPM)

3. Bekas GSTT SPM (SPM)(* Surat lantikan GSTT , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan)


SYARAT LANTIKAN
Guru ganti KGSK yang dilantik adalah bertaraf sambilan dari hari ke hari dan tempoh perkhidmatan akan tamat dengan sendirinya apabila guru yang diganti kembali mengajar. Guru ganti KGSK bukan kakitangan kerajaan serta tidak layak menerima apa jua faedah atau kemudahan kecuali elaun yang akan dibayar mengikut kadar harian dibayar atas hari-hari bekerja sahaja serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), cuti rehat 1 hari selepas genap 23 hari bertugas dalam satu lantikan dengan tidak melebihi 7 hari cuti dalam setahun serta bonus tahunan jika bekerja genap 21 hari dalam sebulan. Walaupun bertaraf bukan kakitangan kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai majikan mereka dan boleh ditamatkan perkhidmatannya pada bila-bila masa tanpa diberi sebarang alasan selepas diberi notis satu hari secara bertulis

No comments:

Post a Comment